Wednesday, February 04, 2009
UPDATE:POLITICAL DRAMA IN PERAK
Update: 2.00pm - Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and currently Pakatan Rakyat's Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin had sought audience with Sultan Azlan Shah in Istana Kinta this morning. It is up to the Ruler to make the decision whether to dissolve the state assembly and return the power to the Rakyat or to let BN to form the new Perak government.
Kelemahan Perniagaan Orang Melayu-Modal Pernigaan

Payahhh nya ... ahh... susahnya mendapatkan pinjaman daripada agensi agensi yang katanya membantu ahli perniagaan bumiputra.
Pengalaman firma untuk mendapatkan pinjaman daripada agensi-agensi kerajaan yang bernaung di bawah MECD adalah satu contoh yang begitu nyata. Menjelang bulan March 2009 hampir setahun permohonan belum diluluskan lagi. Ini satu contoh dan banyak lagi contoh-contoh usahawan-usahawan lain yang mengalami nasib yang serupa. Apakah yang perlu dibuat?
Menteri yang berkenaan dalam laporan akhbar minggu lepas telah menyatakan mungkin ada unsur-unsur "yang tidak di ingini" telah berlaku dalam proses kelulusan pinjaman. Ini adalah kenyataan yang serius bila orang yang paling 'tinggi' menyatakan dan membangkitkan perkara yang sedemikian. Menteri yang berkenaan tentulah telah mendapatkan 'feed back' dari 'grass root'.
Secara jujur, para usahawan telah bosan dengan agensi-agensi kerajaan yang mendabik slogan katanya membantu "orang Melayu" "membantu bumiputra". Persoalannya, bagaimana para usahawan bumiputra untuk bergerak ke depan jikalau agensi-agensi yang sepatutnya menjadi 'tulang' membantu usahawan bumiputra telah lari dan tidak menunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah diberi kepada mereka. Natijahnaya, sehingga ada momokan yang mengatakan mereka ini agensi-agensi kerajaan membantu "bumiputra secara bersama-sama" (Usahawan Bumiputra + Pegawai-pengawai agensi pun bumiputra - kena dan terpaksa dibantu jugak, sama-sama dapat, engkau dapat pinjaman, aku takkan tak dapat apa kut?)
Pemerhatian kami:-
1- Agensi-agensi kerajaan ini harus dirombak secara menyeluruh. Secara amnya, cakap-cakap kedai kopi mengatakan mereka ini adalah lembap dan tidak effisien.
2- Harus jugak dipertimbangkan untuk dibuang atau ditukar pegawai yang tidak cekap dan menyusahkan dan melambatkan proses kemajuan bumiputra dalam sektor perniagaan.
Kita akan memperkatakan lagi mengenai isu agensi-agensi kerajaan dalam membantu usahawan dari segi modal kerja. TQ
SELAMAT DATANG KE PARTNER SALIHIN CONSULTING BLOGSPOT
Selamat Datang ke Blog Partner Salihin Consulting yang akan membincangkan berkenaan cukai, pengurusan kewangan, ekonomi semasa dan permasalahan ekonomi orang melayu secara khususnya.
BESARLAH HARAPAN PARTNER SALIHIN CONSULTING UNTUK SAMA SAMA MENYUMBANG KEARAH MENAIKKAN TARAF EKONOMI AGAMA DAN BANGSA MELAYU KHUSUSNYA.
BESARLAH HARAPAN PARTNER SALIHIN CONSULTING UNTUK SAMA SAMA MENYUMBANG KEARAH MENAIKKAN TARAF EKONOMI AGAMA DAN BANGSA MELAYU KHUSUSNYA.
Subscribe to:
Comments (Atom)